<$BlogRSDURL$>
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
Tuesday, January 03, 2006

Azam Tahun Baru

Assalamualaikum kepada sahabat sekalian...kini, kita telah meninggalkan tahun 2005. Namun, adakah azam yang dibina tahun lalu telah tercapai ? Apabila memasuki ke tahun baru, lazimnya kita di soal berkenaan dengan azam yang baru...sebenarnya, inilah masa yang seharusnya digunakan oleh kita semua untuk koreksi diri apa yang telah dilakukan sepanjang tempoh setahun lepas..adakah bertambah baik atau sebaliknya...

Sama-samalah kita berusaha untuk memperbaiki diri dan menjadi lebih baik...manusia yang bijak ialah manusia yang meniti hari ini lebih baik berbanding semalam. Perjalanan yang masih jauh memerlukan kekuatan semangat dari dalam diri sendiri.

Akhir kata, SELAMAT TAHUN BARU dari sidang editor....semoga kita semua berada di bawah lindungan Nya dan sentiasa dalam kesejahteraan...



# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 10:40 PM
Sunday, March 27, 2005
Assalamualaikum
Buat sahabat dan sahabiah sekalian,selamat menempuhi alam peperiksaan. Dan selamat bercuti.Manfaatkan masa cuti sebaiknya. Apapun boleh berlaku dalam tempoh tu.Yg penting jaga diri dan amalan masaing-masing.Ajal maut di tangan Tuhan. Mungkin ditakdirkan selepas ini kita tidak akan berjumpa lagi dengan teman-teman yang disayangi. Pergi menyambut seruan Ilahi. Apa sekalipun,semoga sahabat sekalian sentiasa di bawah rahmatNya. Tabah dalam menempuhi onak dan duri yang mendatang.
# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 11:10 AM
Thursday, February 17, 2005
Assalamualaikum....

Semoga tahun baru Maal Hijrah memberikan satu pengertian yang besar kepada kita semua. Bersempena dengan itu,marilah sama-sama kita koreksi diri, di manakah kita habiskan masa dan usia yang dianugerahkan kepada kita? Adakah ke jalan yang benar atau sebaliknya. Bersama renungkan. Tidak banyak yang ingin dibicarakan, sekadar peringatan dan nasihat buat teman-teman, manfaatkanlah apa yang dikurniakan sebaiknya. Mungkin esok atau lusa kita akan dijemput oleh Nya. Namun, bersediakan kita?

Merenung sejenak apa yang berlaku dalam tempoh setahun yang lalu, apakah yang telah kita lakukan untuk membantu sahabat dan masyarakat di sekeliling kita. Iaitu membawa rahmat ke sekalian alam, rahmatan lil alamin. Berjayakan kita? Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ingatlah teman, kita selalu berdoa agar tabah menempuhi dugaan, tapi mengapa kita mengeluh apabila di uji. Sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang itu mengikut kemampuannya. Mengapa kita diuji? Kerana kita mampu berdepan dengannya. Sabarlah dengan setiap ujian yang menimpa.

Sentiasalah berusaha untuk memperbaiki diri dan berazam untuk menjadi yang terbaik. Setiap apa yang dilakukan pastikan niat hanya semata-mata kerana Allah. Bukan kerana selainnya. Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Sedarlah bahawa ilmu itu adalah cahaya. Cahaya hanya akan masuk pada hati yang bersih. Oleh itu, jauhilah maksiat dan perkara yang sia-sia. Semua manusia itu binasa kecuali yang berilmu....yang berilmu itu pun buta kecuali yang mengamalkannya....yang mahu amalkan ilmu pun akan sia-sia kecuali yang beramal dengan penuh keikhlasan

wasalam
# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 7:10 PM
Saturday, July 10, 2004
Cabaran Alam Kampus: Belajar, Mengajar dan Diajar

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Buat pertama kalinya, PC Editor mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru yang telah ditawarkan oleh UTM. Kebanyakan pelajar tahun 1 adalah daripada matrikulasi dan ada juga lepasan diploma serta tingkatan enam. Tetapi itu semua tidak penting, yang lebih penting apabila bermulanya cabaran alam kampus. Sama ada dari segi akademik mahupun sosial sangat berbeda dengan tempat pengajian sebelum ini. Terutama bagi lepasan STPM dan Matrikulasi. Cabaran bukan untuk menakut-nakutkan pelajar baru, tetapi mengajak adik-adik berfikir sejenak. Berfikir tentang tanggungjawab dan harapan daripada pelbagai peringkat. Kemudian usahakan tindakan yang berstrategis untuk menyahut cabaran realiti.

Tugas pelajar atau istilah mulia 'mahasiswa', bukan sahaja hadir ke universiti lalu belajar di bilik kuliah. Tetapi tanggungjawab lebih besar ialah belajar, mengajar dan diajar. Suatu konsep yang perlu di tanam dalam jiwa pelajar. Inilah cabaran dunia kampus yang sebenar. Senantiasa bersedia untuk belajar daripada orang yang berilmu, bukan saja dalam bidang pengajian tetapi pelbagai. Lalu istilah mahasiswa segala kelompok intelek baru boleh diberikan. Oleh kerana itu pihak universiti menawarkan subjek elektif seperti tamadun islam. Bagi memberi input kepada kalangan pelajar agar wujud pemikiran dan nilai. Aspek ini yang akan digunakan untuk menambah kecemerlangan dan keseimbangan kepada bidang kepakaran. Apabila nilai dan pemikiran positif telah diterapkan, insya-Allah akan lahir seorang teknokrat yang mempunyai nilai murni untuk diimplimenkan.

Dalam perkara membina pemikiran dan nilai, budaya sedia mengajar dan diajar perlu selari. Ini kerana mengajar ialah elemen amal setelah pelajar itu belajar. Jika budaya belajar dan diam berlaku, ini menunjukkan perbincangan dan penghuraian terhadap sesuatu ilmu itu tidak membudaya dalam persekitan pelajar. Maka akan lahir pelajar yang hanya tahu tetapi tidak faham. Dengan mengajar, seharusnya sebelum itu pelajar akan membuat persedian dengan mengulangkaji dan mengadakan diskusi. Usaha ini akan memberi kefahaman kepada pelajar terhadap ilmu yang dimiliki. Seterusnya pengamalan dengan tindakan akan berjaya kerana pelajar itu faham dan tahu.

Berbeda antara faham dan tahu. Apabila seseorang pelajar faham sesuatu ilmu dia mampu untuk menyampaikan kepada orang-orang lain. Tetapi jika tahu, sekadar tahu dan tidak berupaya untuk menghuraikan kepada klalayak umum. Yang terakhir ialah sedia diajar. Sifat manusia itu sentiasa dalam kelemahan dan kesilapan. Maka dalam konteks pelajar kena bersedia untuk di tegur dan di kritik pandangan ilmunya. Ini semuanya akan melatih kekuatan pemikiran yang lebih kritikal di kalangan pelajar. Usaha untuk mempertahankan padangan sendiri setelah kefahaman mendalam dilakukan melalui proses belajar dan mengajar. Dalam bidang keilmuan, kita mencari kebenaran bukan kemenangan. Oleh itu budaya sedia menerima pandangan berbeda sangat baik, agar percambahan ilmu akan lebih aktif.

Akhirnya pelajar sewajar memahami tanggungjawab sebenar. Kita bukan sahaja pelajar tetapi ahli masyarakat yang mana di sana ada yang memerlukan pertolangan dan bantuan. Besar sungguh harapan masyarakat kepada kelompok pelajar yang disandarkan sebagai pemimpim masa depan negara. Lalu marilah bersama kita gerakkan budaya keilmuan dan diamalkan agar dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat.

# oleh - acah | jam - 1:29 PM

Powered by Blogger

:: CIT CAT FM ::

:: UNDIAN ::

:: TAHUKAH ANDA? ::

:: ARKIB ::
  • July 2004
  • February 2005
  • March 2005
  • January 2006
  • :: SENTUHAN KALAM ::
    "Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada"
    Hasan al-Banna

    :: SANTAPAN ::
    Utama
    PC Editor
    Fikrah
    Kampus
    Isu Semasa
    Bicara Tokoh
    Kupasan Buku
    Ekonomi
    Bahasa
    Rileks
    Infomasi
    Catatan Usrah
    Slot Motivasi
    Kertas Kerja
    Koleksi Resolusi
    Muhasabah Jiwa
    Lembaran Sirah
    HEWI
    Personaliti
    Doa Amalan
    Sains & Teknologi

    :: INPUT PEMBACA ::
    Fikrah Madani mengalu-alukan sebarang sumbangan karya atau komen daripada pembaca bagi mutu penerbitan kami. Segala karya yang tersiar menjadi hak milik penerbit.

    Hantar ke alamat:
    fikrahmadani@yahoo.com

    Editor Fikrah Madani
    Masjid Sultan Ismail,
    Universiti Teknologi Malaysia,
    81310 Skudai,
    Johor Darul Ta'zim.
    Sila sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon dan jika masih menuntut, nyatakan institusinya.

    :: REDAKSI ::
    Penasihat
    Qandar
    Ketua Editor
    Pak An
    Editor
    Qadahus Nawzi
    Wartawan
    Rasa Oren
    Al-Ayubi
    Wanni
    Teeh
    Izahtul
    Penulis
    Qiadiy Legend
    Escore
    Suhadak
    Ibn Husin
    Pereka Kreatif
    Cireng
    Ajin
    acahmakenon